Monday, September 12, 2016

Panduan Kaedah Penulisan Khat Thuluth

Kaedah Penulisan Khat Thuluth
  • Khat Thuluth memerlukan latihan yang banyak dan berterusan bagi mendapatkan tulisan bentuk-bentuk huruf dengan tepat dan cantik. Selain itu, latihan ini juga adalah satu senaman untuk melembutkan pergerakan tangan semasa menulis. 
  • Pada peringkat permulaan, penggemar Khat Thuluth perlu memperbanyakkan latihan dengan menulis huruf- huruf tunggal dari huruf alif hingga huruf ya pada setiap hari untuk membiasakan pergerakan tangan menulis huruf-huruf mengikut timbangannya yang sebenar. 
  • Untuk mendapatkan hasil tulisan Khat Thuluth yang halus, menuntut kepada pembelajaran dengan guru yang muktabar. 
  • Penulis yang mahu mengetahui rahsia Khat Thuluth hendaklah menulis Qasidah nun dan amsyak yang sering di tulis oleh penulis yang terkenal  
  • Merupakan khat yang paling cantik dilihat dan yang paling sukar untuk ditulis. Berbeza dengan Khat Nasakh dengan kelembutannya dan besar ukuran hurufnya. Kebanyakan huruf mempunyai beberapa bentuk seperti huruf ba ( ب), dal ( د), ra (  ر), a`in (  ع), kaf (  ك), mim (  م), nun ( ن), ha ( ـه), lam alif (  ﻻ) dan ya (  ي). Oleh yang demikian, penulis boleh menulis pelbagai bentuk huruf dalam penulisannya.
Kaedah Penulisan Khat Thuluth

  • Manakala setiap huruf yang berkepala mestilah dilubangkan seperti berikut; 
setiap huruf yang berkepala mestilah dilubangkan


  • Huruf-huruf menegak mestilah dicondongkan sedikit ke sebelah kiri dan mempunyai zuluf ( topi ) seperti berikut; 
Huruf-huruf menegak mestilah dicondongkan sedikit ke sebelah kiri dan mempunyai zuluf ( topi )


  • Bentuk huruf ha (  خ ج ح) mempunyai tiga bentuk apabila bersambung dengan huruf menegak, mendatar dan menurun. 

Bentuk huruf ha (  خ ج ح) mempunyai tiga bentuk

  • Huruf mim (  ﻢﻤﻣ) mempunyai beberapa bentuk pada permulaan, pertengahan dan akhir seperti berikut; 
Huruf mim (  ﻢﻤﻣ) mempunyai beberapa bentuk

  • Huruf ha (  ﻪﻬه) mempunyai beberapa bentuk pada permulaan, pertengahan dan akhir seperti berikut; 
Huruf ha (  ﻪﻬه) mempunyai beberapa bentuk

  • Lafzul Jalalah dan kalimah Muhammad ditulis dengan kaedah yang khusus seperti berikut;
Lafzul Jalalah dan kalimah Muhammad ditulis dengan kaedah yang khusus

  • Kalimah Basmalah ditulis dengan kaedah yang khusus seperti berikut; 
Kalimah Basmalah ditulis dengan kaedah yang khusus

Untuk Lebih Tahu Cara Pembuatan Khat Thuluth Silahkan Download Kaedah Penulisan Khat Thuluth

Related Posts

Panduan Kaedah Penulisan Khat Thuluth
4/ 5
Oleh

2 comments

July 21, 2018 at 9:46 AM delete

Assalamualaikum...terima kasih atas bantuan anda.Saya berharap agar boleh menambah sedikit kandungan pada blog ini.Terima kasih.

Reply
avatar
September 10, 2020 at 9:36 AM delete

Assalamualaikum bole saya gunakan kaligrafi ini?

Reply
avatar